Wednesday 23 April 2014

PENGADUN PENSONIC PM-214

                                                           MY FIRST MIXER ^_^


ASSALAMUALAIKUM.... dan Selamat Petang Bakers semua...
Seperti yang dijanjikan, bertemu kembali kita pada episod ke 2 blog KARNAIN HOMEMADE BAKES.. 
Setinggi2 penghargaan TERIMA KASIH kepada pengunjung dan follower blog ini especially Kak +khamsiyah mansur yang menyokong usaha saya mempelajari bidang pembuatan kek/bakeri ini. Semoga akak juga berjaya dalam menghasilkan produk yg berkualiti dan sedap.. ^_^ 
Hari ini saya ingin memperkenalkan pengadun pertama saya PENSONIC PM-214 yang baru saja dibeli pada 2 April lalu.. 

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat ingin memiliki pengadun (mixer) sendiri.. Sebelum ini hanya guna tangan(manual) untuk mengadun bahan2 untuk membuat kek.. agak lenguh jugalah.. hahaha.. dengan adanya mixer ni maka senanglah sikit kerja.. 


Kini minat nak membaking semakin menjadi-jadi.. tanpa fikir panjang lagi, bulan Mac lepas saya pun pergilah membeli ketuhar yang diidamkan.. tapi survey punya survey.. dah habis stok.. perjalanan dari Tesco Puchong - Aeon Ioi Mall - SenQ - Aeon Big Puchong Utama.. tiada juga.. akhirnya beli lah apa yang ada.. hari pun sudah larut malam..


Tadaaa!!! Inilah ketuhar jenama Cornell, model CEO-TS19L , saiz 19 liter dengan harga promosi ahli RM139 (harga asal RM159). Dengan gigihnya saya membawa pulang oven yang dibeli dengan menaiki bas dan pulang ke rumah.. 



Pada pendapat saya.. walaupun harganya murah, tidak bermakna ia tidak berkualiti.. ianya sesuai untuk penggunaan sederhana.. mengadun bahan dalam kuantiti kecil.. Dengan perasaan teruja, keesokan pagi saya cuba membuat kek menggunakan mixer dan oven baru saya.. inilah hasilnya.. kali pertama membuat kek, hehehe...


Dengan menggunakan mixer, adunan menjadi halus dan cantik sempurna.. seterusnya dibakar sehingga masak.. setelah sejuk.. adunkan pula bahan2 aising/ krim untuk dijadikan topping kek.. Akhirnya siap kek Blackcurrant Cheese Cake saya.. (kek campuran- kek Blueberry &  jem Blackcurrant + Cheese topping).. rasanya masam manis berlemak .. kihkihkih sedappp..

Sampai di sini sajalah pos kali ini...
komen anda amat dialu-alukan..
sekian terima kasih..

*maaflah sekiranya penyampaian saya di sini agak kurang menarik.. 
saya baru saja berjinak2 dalam bidang penulisan di Blogger.. 
sebarang tunjuk ajar anda amatlah dihargai .. semoga bertemu lagi pada episod blog yang akan datang..^_^

Wednesday 19 March 2014

Shopping at Polymart@Puchong Prima

                        Shopping at Polymart@Puchong Prima
                            

ASSALAMUALAIKUM...
Terima kasih kerana melawat blog saya..
Kali ini saya ingin memperkenalkan anda dengan kedai favourite saya.. POLYMART@PUCHONG PRIMA.. ia sebuah kedai yang membekalkan barang2 plastik dan bahan2 bakeri... bertempat di : 
Bake @ Polymart, Puchong
No 18  Jalan Prima 5/5
Taman Puchong Prima
Puchong 47100 Selangor

Saya memang berminat dengan hobi membuat kuih, kek cawan, kek, biskut, muffin, roti dan seangkatan dengannya.. tapi saya baru saja nak bermula dari asas :-) Pertama kali saya menjejakkan kaki di sini.. rasa sangat seronok.. begitu banyak barang kelengkapan untuk membuat kek, biskut, kuih dan lain2 lagi.. bermula dari bahan2 asas, peralatan, hingga ke pembungkusan produk semua ada dijual di sini.. 

Ini antara barang2 yang saya beli di sini.. harap dengan info ini dapat sedikit sebanyak membantu anda berbelanja dengan bijak!! nak boronggggg pun boleh.. hehehe


1) BLUEBERRY MUFFIN MIX (500g) RM8.50

2) PAPER PORTION CUP RM3++

 
3) HEART-SHAPED BISCUIT CUTTER (3's) RM2.30


4) STRAWBERRY CHIP (50g) RM2.90

5) CPP BAG 6X9 (500g) RM8.50

6) TWIST TIE RM3.30

7) NON STICK LOOSE BOTTOM 
PAN 7'' RM15.90

8) ALUMINIUM FOIL 25sq.ft. RM4.90

KETUHAR PERTAMAKU ^_^

                          MY FIRST OVEN #1 


ASSALAMUALAIKUM semua.. ALHAMDULILLAH..kerana kita masih diberi peluang hidup di dunia ini..Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog saya: KARNAIN HOMEMADE BAKES.
Sebenarnya ini kali pertama saya menulis blog.. Seingat saya 2 tahun lepas saya ada pernah menulis blog tetapi tak menjadi lalu terbengkalai.. hahaha.. Kini semangat untuk ber-Blogging timbul semula.. dan kali ini saya akan pastikan Blog ini sentiasa dikemaskini ...

Okay, topik utama hari ini adalah mengenai keterujaan memiliki ketuhar sendiri.. (ayat entah ape la ni??)  Mungkin pada pendapat sesetengah orang ia tidaklah begitu best tapi buat saya ia begitu bermakna sekali.. dulu ada ketuhar kecil tetapi hanya muat untuk membakar roti dan kuih sahaja.. kemudian rosak.. 

Akhir2 ini saya selalu mengimpikan hobi mem-baking ni.. di kesempatan ini.. saya pun mengambil cuti 2 hari pada 12 & 13 Mac lalu atas alasan untuk membeli barang (best nye!!) lalu saya pun pergilah survey harga di TESCO PUCHONG.. model yang dipamerkan tidak berkenan di hati.. Kemudian saya ke pusat beli-belah terdekat di AEON IOI MALL PUCHONG.. memang tiap2 bulan saya akan datang ke sini untuk membayar bil.. dan juga berjumpa dengan kawan2 lama yg masih bekerja di sini.. teringat kembali memori bekerja di sini 3 tahun lepas.. huhu.. sungguh indah..


                                     
Ini antara ketuhar(oven) yang dipamerkan di sini.. pada mulanya memang saya target nak beli di sini.. kerana memiliki kad ahli dan boleh mengutip mata ganjaran.. bila tiba harinya untuk dibeli.. saya berjumpa dengan staf yg menguruskan barang itu.. tetapi nasib kurang baik kerana stok ketuhar model itu sudah habis.. perlu tunggu 2 minggu lagi untuk stok baru sampai.. erm terus saya ke SEN-Q pula.. sama juga.. 

                                        
Seterusnya saya ke AEON BIG PUCHONG UTAMA.. di sini sebahagian model yang dipamerkan diberi diskaun jika pelanggan mempunyai kad ahli.. setelah membandingkan fungsi2 ketuhar yang sesuai.. kelihatan hari pun sudah lewat malam.. jadi saya pun dengan pantasnya pergi mendaftar secara percuma.. hanya perlu isi borang ringkas dan dapat kad terus.. dengan adanya kad ini dapatlah diskaun ketuhar yang ingin dibeli pada harga RM139 (harga asal RM159).. 

                                            
Inilah ketuhar yang diidamkan.. hehehee.. biasa2 saja.. jenama Cornell, model CEO-TS19L , saiz 19 liter, mempunyai pembakar atas dan bawah, suhu membakar sehingga 250`c , disertakan sekali dengan 2 dulang pembakar.. Keesokan pagi.. saya menyediakan peralatan untuk membancuh tepung dan bahan2 lain.. saya beli tepung ready-bake sahaja.. senang .. hanya perlu tambah air, majerin/buttercup , telur... Inilah hasilnya untuk pertama kali membakar biskut & kek.. mula2 memang ada yang kurang masak, hangus tapi lama-kelamaan sudah pandai.. semasa membakar perlu selalu memerhatikan keadaan makanan yg dibakar.. takut hangus pula.. tidak mengapa.. hitam itu manis!! hihihihi..




SEKIAN, TERIMA KASIH.. :-)
*Nantikan juga review untuk pengadun (mixer) pertama saya pada episod seterusnya.. :-)