Wednesday 19 March 2014

KETUHAR PERTAMAKU ^_^

                          MY FIRST OVEN #1 


ASSALAMUALAIKUM semua.. ALHAMDULILLAH..kerana kita masih diberi peluang hidup di dunia ini..Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog saya: KARNAIN HOMEMADE BAKES.
Sebenarnya ini kali pertama saya menulis blog.. Seingat saya 2 tahun lepas saya ada pernah menulis blog tetapi tak menjadi lalu terbengkalai.. hahaha.. Kini semangat untuk ber-Blogging timbul semula.. dan kali ini saya akan pastikan Blog ini sentiasa dikemaskini ...

Okay, topik utama hari ini adalah mengenai keterujaan memiliki ketuhar sendiri.. (ayat entah ape la ni??)  Mungkin pada pendapat sesetengah orang ia tidaklah begitu best tapi buat saya ia begitu bermakna sekali.. dulu ada ketuhar kecil tetapi hanya muat untuk membakar roti dan kuih sahaja.. kemudian rosak.. 

Akhir2 ini saya selalu mengimpikan hobi mem-baking ni.. di kesempatan ini.. saya pun mengambil cuti 2 hari pada 12 & 13 Mac lalu atas alasan untuk membeli barang (best nye!!) lalu saya pun pergilah survey harga di TESCO PUCHONG.. model yang dipamerkan tidak berkenan di hati.. Kemudian saya ke pusat beli-belah terdekat di AEON IOI MALL PUCHONG.. memang tiap2 bulan saya akan datang ke sini untuk membayar bil.. dan juga berjumpa dengan kawan2 lama yg masih bekerja di sini.. teringat kembali memori bekerja di sini 3 tahun lepas.. huhu.. sungguh indah..


                                     
Ini antara ketuhar(oven) yang dipamerkan di sini.. pada mulanya memang saya target nak beli di sini.. kerana memiliki kad ahli dan boleh mengutip mata ganjaran.. bila tiba harinya untuk dibeli.. saya berjumpa dengan staf yg menguruskan barang itu.. tetapi nasib kurang baik kerana stok ketuhar model itu sudah habis.. perlu tunggu 2 minggu lagi untuk stok baru sampai.. erm terus saya ke SEN-Q pula.. sama juga.. 

                                        
Seterusnya saya ke AEON BIG PUCHONG UTAMA.. di sini sebahagian model yang dipamerkan diberi diskaun jika pelanggan mempunyai kad ahli.. setelah membandingkan fungsi2 ketuhar yang sesuai.. kelihatan hari pun sudah lewat malam.. jadi saya pun dengan pantasnya pergi mendaftar secara percuma.. hanya perlu isi borang ringkas dan dapat kad terus.. dengan adanya kad ini dapatlah diskaun ketuhar yang ingin dibeli pada harga RM139 (harga asal RM159).. 

                                            
Inilah ketuhar yang diidamkan.. hehehee.. biasa2 saja.. jenama Cornell, model CEO-TS19L , saiz 19 liter, mempunyai pembakar atas dan bawah, suhu membakar sehingga 250`c , disertakan sekali dengan 2 dulang pembakar.. Keesokan pagi.. saya menyediakan peralatan untuk membancuh tepung dan bahan2 lain.. saya beli tepung ready-bake sahaja.. senang .. hanya perlu tambah air, majerin/buttercup , telur... Inilah hasilnya untuk pertama kali membakar biskut & kek.. mula2 memang ada yang kurang masak, hangus tapi lama-kelamaan sudah pandai.. semasa membakar perlu selalu memerhatikan keadaan makanan yg dibakar.. takut hangus pula.. tidak mengapa.. hitam itu manis!! hihihihi..




SEKIAN, TERIMA KASIH.. :-)
*Nantikan juga review untuk pengadun (mixer) pertama saya pada episod seterusnya.. :-)

No comments:

Post a Comment