Wednesday 23 April 2014

PENGADUN PENSONIC PM-214

                                                           MY FIRST MIXER ^_^


ASSALAMUALAIKUM.... dan Selamat Petang Bakers semua...
Seperti yang dijanjikan, bertemu kembali kita pada episod ke 2 blog KARNAIN HOMEMADE BAKES.. 
Setinggi2 penghargaan TERIMA KASIH kepada pengunjung dan follower blog ini especially Kak +khamsiyah mansur yang menyokong usaha saya mempelajari bidang pembuatan kek/bakeri ini. Semoga akak juga berjaya dalam menghasilkan produk yg berkualiti dan sedap.. ^_^ 
Hari ini saya ingin memperkenalkan pengadun pertama saya PENSONIC PM-214 yang baru saja dibeli pada 2 April lalu.. 

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat ingin memiliki pengadun (mixer) sendiri.. Sebelum ini hanya guna tangan(manual) untuk mengadun bahan2 untuk membuat kek.. agak lenguh jugalah.. hahaha.. dengan adanya mixer ni maka senanglah sikit kerja.. 


Kini minat nak membaking semakin menjadi-jadi.. tanpa fikir panjang lagi, bulan Mac lepas saya pun pergilah membeli ketuhar yang diidamkan.. tapi survey punya survey.. dah habis stok.. perjalanan dari Tesco Puchong - Aeon Ioi Mall - SenQ - Aeon Big Puchong Utama.. tiada juga.. akhirnya beli lah apa yang ada.. hari pun sudah larut malam..


Tadaaa!!! Inilah ketuhar jenama Cornell, model CEO-TS19L , saiz 19 liter dengan harga promosi ahli RM139 (harga asal RM159). Dengan gigihnya saya membawa pulang oven yang dibeli dengan menaiki bas dan pulang ke rumah.. 



Pada pendapat saya.. walaupun harganya murah, tidak bermakna ia tidak berkualiti.. ianya sesuai untuk penggunaan sederhana.. mengadun bahan dalam kuantiti kecil.. Dengan perasaan teruja, keesokan pagi saya cuba membuat kek menggunakan mixer dan oven baru saya.. inilah hasilnya.. kali pertama membuat kek, hehehe...


Dengan menggunakan mixer, adunan menjadi halus dan cantik sempurna.. seterusnya dibakar sehingga masak.. setelah sejuk.. adunkan pula bahan2 aising/ krim untuk dijadikan topping kek.. Akhirnya siap kek Blackcurrant Cheese Cake saya.. (kek campuran- kek Blueberry &  jem Blackcurrant + Cheese topping).. rasanya masam manis berlemak .. kihkihkih sedappp..

Sampai di sini sajalah pos kali ini...
komen anda amat dialu-alukan..
sekian terima kasih..

*maaflah sekiranya penyampaian saya di sini agak kurang menarik.. 
saya baru saja berjinak2 dalam bidang penulisan di Blogger.. 
sebarang tunjuk ajar anda amatlah dihargai .. semoga bertemu lagi pada episod blog yang akan datang..^_^

1 comment:

  1. Assalamualaikum..maaf, akak baru sempat menjenguk ke blog adik ni.. ceeewaaahhh.. dah ade blog sendiri ye.. bagus2.. seronok tgk blog adik ni wlupun masih baru.. bila adik rasa seronok kongsi dgn org lain, org lain pun rasa seronok nak membaca.. peduli kan ape org nak ckp.. yang penting kita enjoy..semoga adik terus berjaya smpai la jadi top bakers..hee.. akak nak jd follower blog ni, tp adik lupa eh nak masukkan button follow this blog..

    ape2 pun tahniah sebab dh maju selangkah ke hadapan.. jangan mudah putus asa k..

    ReplyDelete